24/12/09-Majlis ini telah dijalankan di Putrajaya.Majlis ini telah disertai oleh Shaharudin & isteri,Syed & isteri serta anak-anak,Mohd Zaidi @ Iedy,Tn.Ismail,Faizah & suami serta anak-anak,Fadilah & anak serta Wan Alifah & suami serta anak-anak.Majlis ini bermula dengan perjumpaan di Dataran Putra,Masjid Putrajaya,kemudian bergerak ke Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi Putrajaya dan seterusnya ke rumah Wan Alifah di Presint 11 untuk menjamu selera.Majlis ini bertujuan untuk berjumpa kembali kengkawan dari kelas SN/PM yg berada disekitar Lembah Klang.
KENANGAN LAMA.
Jika anda berminat untuk melihat gambar-gambar semasa di MPSAH '96/'99 sila klik: http://mpsahdpm1.blogspot.com/
Majlis Reunion MPSAH DPM1 / sesi 1.
Mini reunion-(Kelas SN/PM)
0 commentsFadilah Ahmad (Kelas G-SN/PM)
0 comments Salam kengkawan semua,sorry baru je dapat maklumat pasal blog ni.Kenal lagi dengan saya? Lebih dikenali sebagai Ilah....sekarang saya masih mengajar di SK.Convent,Kajang dan tak lama lagi saya akan tamat pengajian PJJ di UKM (Bahasa Melayu).Kepada yg nak berceloteh lebih lama lagi dgn saya terutama kengkawan dr kelas SN/PM boleh la contact saya - 019-2927085.Gambar ni diambil semasa lawatan saya ke rumah Kak Wan pada 24/12/09 di Presint 11,Putrajaya.
Budin (MT/PM)
0 commentsSalam..Lama tak tgk blog..banyak berubah...1 Disember lepas kawan dah tukar ke Bt. Gajah Dari Taiping (Ikut Isteri)..Skrg dah dekat ngan Hj Megat..Ni Maklumat Terkini
Nama Sek: SK St. Paul 34100 Tanjung Tualang,Perak.Alamat Rumah: No 913 2B Quarters Tmn Sri Putri (JKM),Bt. 1 , Jln Pusing,Perak Darul Ridzuan.Tel : 05-366 6606 , h/p : 012-5730124 / 013-513 5524. Kawan Dah Konvo Nov. Baru Ni -OUM-Bec Math(2005-2008) Jumpa ramai jg kawan2 MPSAH dulu.Sepatutnya bersama Hj Megat..tapi dia tak sempat krn berangkat ke Tanah Suci..Satu lagi: Kawan ada rumah kat Taiping / Simpang( Tmn Jebong Aman @ Jebon Park)..Kalau kengkawan yg tinggal kat sana yg tgh cari rumah boleh la..kalau nak sewa...Kwan nak sewakan murah ja.. RM350/Bln.
Norsyafida Daud-(Kelas PA/KT).
0 commentsSalam…..
Congratulation, kat u all coz dah Berjaya hasilkan blog MPSAH DPM 1 ni.. …. Actually dh lm dh baca n bukak blog ni… tp x de masa nk join… so this is the right time… maklum cuti panjang…. Anyway semoga kita semua dapat manfaat dr blog ni n dpt berhubung antara satu sama lain teringat semua kisah-kisah lama ...huhuhuhuhuhu… harap- harap hubungan terjalin kembali selepas ni… ok… wasalam
Alamat : 9103 Jalan Alor Sena, 01000 Kangar, Perlis.H/p : 012- 5814547 / 017-5921135
Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Jalan Kilang Gula,02400 Beseri, Perlis
Email / facebook add : de7da_1330@yahoo.com.my ( add tau ) bleh kita tanam pokok kat farm ville dan chat sama2.. heheehehhe…
Degree : Masih belajar – PJJ KPM – OUM Kohort 3 Opsyen : Pengajian Islam
Marlina Abdullah-(SN/PJK).
0 comments 20/11/09-Assalamualaikum dan apa khabar kawan-kawan semua. Ada yang masih ingat ngan saya?. Marlina Abdullah (Sn/PJK). Saya skrg masih mengajar di SK St Theresa, Sg. Petani, Kedah setelah bertukar dari Balakong, Selangor sejak Januari 2000. Dah masuk 10 tahun kat sekolah ni. Mulanya posting kat Selangor pada 20.09.1999. Bulan Disember 1999 (masa cuti sekolah) saya minta tukar balik Kedah. Alhamdulillah.. bln. Januari 2000 dapat balik Kedah. Di sini saya sertakan gambar saya dan keluarga. Suami, Muhamad Suffian , anak saya 3 orang, yang sulung lelaki, Muhammad Hafiz ( 9 thn) dan yang dua lagi perempuan, Ain Nurhafizah (7thn) dan Nur Azimah (4 thn). Suami saya orang Penang tapi kami kini dah beli rumah dn menetap di Sg Petani, Kedah. Saya nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang dah terima ijazah dan sedang belajar. Saya sendiri dah habis belajar dan konvo pada Ogos 2008 yang lalu. Tp saya tak mohon DG 41 lg sbb nak tunggu Time-Based DG 32. Tahniah juga kpd. kwn2 yang telah dianugerahkan Guru Cemerlang. Semoga kalian semua akan berjaya dan terus berjaya....Kpd kwn2 yang balik Kedah cuti sekolah ni jempulah mai umah especially yang tinggal di Bandar Sg. Petani ni. Saya raya haji kat Sg Petani saja sbb suami telah ke Mekah menunaikan haji. Akhir sekali, harap pihak penaja dapat upload gambar yang disertakan untuk tatapan kawan-kawan yang dah lama x jumpa. Tahniah juga kepada penaja atas usaha mewujudkan blog ini. Terima kasih banyak-banyak .. Dengan adanya blog ni, perhubungan yang telah lama terputus bertaut kembali. Sehingga berjumpa lagi, bye..
Megat (MT/PJK) - berangkat ke Mekah.
0 commentsMegat dan isteri akan berangkat ke Mekah pada 14/11/09 (Sabtu),jam 7.30 pg.Pada 13/11/09 (Jumaat) selepas maghrib beliau akan berangkat ke Kelana Jaya dan akan check-in sebelum jam 2 pagi.Bersama-samalah kita mendoakan agar Megat mendapat haji yg mabrur,selamat berangkat dan selamat kembali.Kepada yg ingin mengucapkan selamat jalan kpd Megat sila hubungi di no: 013-5200060 .
(maklumat diterima drp Megat mll tel. pada 13/11/09 , 7:55 am ).
Fazli YDP / Manap
0 comments 17/11/09-Pertemuan yang telah dirancang sebenarnya.SK.Putrajaya 8(1) sekolah Wan Alifah telah menganjurkan kem motivasi bagi pelajar-pelajar tahun 5 di Kem Rimba Alam,Sg.Congkak,Hulu Langat Selangor selama 3H 2M.Pihak sekolah telah melantik Fazli sebagai pelaksana program.Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan motivasi para pelajar.Bila dah bertemu dgn Fazli,apa lagi macam-macam cerita yg dicerita dan dibincangkan.Kepada kengkawan yg berminat utk menganjurkan kem,tak kira la kem motivasi ke kem apa ke,boleh la contact Fazli,dia sedia menguruskannya.
p/s: Teringat masa kita buat kem motivasi SK.Kuala Sg.Muda,Kota Kuala Muda Kedah.
Ismabaizita-(PA/KT)
0 commentsSalam...terima kasih..Ini ada alamat untuk kengkawan.No 1,Lorong Seri Mahkota Aman 43,Taman Seri Mahkota Aman 26070 Kuantan,Pahang.No.tipon: 019-9746623 Umah: 09-5460668 ...manalah tahu ada kengkawan yang nak berjalan2 kat KTN ni..blehlah tipon saya.
Ok2....ni gambar on the spot ambik sat ni.sorry la tak dan la nak berposing2.Yang mana sempat n ada dlm hdset la k...ni gambar my famili,tapi satu2 le.O ye,cuti sk dah nak bermula..So sesapa yang nak mkn angin Cuti2 Msia...bole le dtg ke Phg.Krg ni tgh pmotion Gambang Wterpark(Mcm Sway Lgoon 2) kira bwa ank2 mandi kira syok habis la.Dewasa 19.90.knk2 12.90.Pas ni dah x dpt harge 2.Email saya: ismabaizita@yahoo.com
Takziah
0 comments 2/11/09-Jam 6.00 petang Tn.Hj.Azmi (gambar) telah pulang ke rahmatullah.Takziah buat keluarga beliau dan Al-Fatihah buat roh beliau.Menurut maklumat drp Pn.Sahodah @ Mama,Tn.Hj.Azmi telah dihempap oleh pokok semasa berada di dusunnya.
(Maklumat diterima melalui Ket pada 2/11/09 , 8:15 pm)
Ayie-(SN/PM)
0 commentsSalam,
Apa khabar semua....inilah dia Homestay Aku...... baru jer siap homestay nie..... Rumah nie aku beli dkt ngan rumah yang aku dok lani.... senang sikit nak pergi bersihkan.......
Kepada rakan-rakan yang bercadang untuk bercuti ke Ipoh Perak, bolehlah berhubung dengan saya untuk penginapan homestay.Rumah penginapan yang sesuai untuk bercuti dengan keluarga,rombongan pengantin,majlis konvokesyen,kursus,kerja out station dll.
Kemudahan: 3 bilik tidur (2 bilik berhawa dingin),ruang tamu dan ruang dapur yang luas,parking kereta berbumbung.Dapur gas,periuk nasi elektrik,cerek elektrik,water heater,peti ais,seterika,tv,pemain DVD,pinggan mangkuk,sabun mandi,tuala,bantal dan toto tambahan.
Sewaan ikut bilik juga disediakan:-
1 bilik + kemudahan lain di rumah = RM 80
2 bilik + kemudahan lain di rumah = RM 120
Harga untuk sebuah rumah RM 170
Untuk tempahan sila hubungi/sms
Azharri 013-5845842
A'ISY HOMESTAY
No 27 Jalan Sri Klebang 31,
Bandar Baru Sri Klebang,
31200 Ipoh,Perak
mazharri06@gmail.com
p/s: lepas ni boleh la geng MPSAH sewa yea...
Juhaida & Cik Li
0 commentsShakir - (SN/PJK)
0 commentsAssalamualaikum...dalam kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya aidil firti buat semua sahabat. raya tahun ni bagi aku memang best. mana taknya.. kami raya kat kedah. "orang sebelah" sedih sikit kot...Siapa-siapa yang ada di kedah, jemputlah mai rumah mak abah aku di merbok. rumah sendiri tengah renovation, tak dapat nak masuk lagi. insyaallah kalau ada rezeki tukar kedah tahun depan, hujung tahun ni bolehlah masuk rumah baru di seri astana sungai petani. dan... kalau panjang umur dan murah rezeki lagi, kami akan timang cahaya mata ke tiga awal bulan februari tahun depan. doa-doakanlah..apa pun... kami sekeluarga ucapkan selamat hari raya aidil fitri. maaf zahir dan batin.daripada kami,ahmad shakir (ket) - sn/pjkmaimun othman (nick) - pm/khahmad amirul aufa & alya nur wafa.
p/s : sapa-sapa yang nak buang masa lawatlah blog terbaru aku. http://pokcikket.blogspot.com/
Nasuha-(MT/PJK)
0 commentsSalam Ramadhan dan Selamat Menyambut Aidilfitri,pohon maaf dipinta mencuci diri,kesilapan terbesar atau terguris di hati,kemaafan kalian menjadi bekal bertemu Illahi.(Maklumat dihantar mll email pada 9/9/09).
Manap-(MT/PJK)
0 commentsSelamat berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir & batin kepada semua yg mengenali terutama geng MPSAH DPM1-Drp: Manap,Wan Alifah,Muhd.Amar Diniy,Muhd.Amar Irham & Nur Khairina.
Hayati Hamzah-E (MT/PM)
0 commentsEmail : hayati.hamzah@yahoo.com
Blog : http://hatikusenyum.blogspot.com/baru belajar bina blog sendiri.Tahniah kepada semua member2 yang dapat ahli keluarga baru, semoga bahagia sokmo.Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga Hayati, Muhaizan (suami- Maktab perguruan Teknik), Nurul Najwa Izzati ( 6 tahun ), Izzat Haziq ( 3 tahun ) dan Izzat Zakwan ( 1 thn 4 bulan ).
p/s: Nanti akan konvo bersama Megat (MT/PJK) di PWTC.
Megat-(MT/PJK)
0 commentsTerlebih dahulu aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir & batin dari aku sekeluarga khas buat geng DPM1 '96/'99'.Sorry sebab dah lama tak hantar berita ke blog.Sekarang ni aku dah habis belajar OUM,itu sebab dah ada masa utk melawat blog.Gambar ni sebenarnya diambil masa aku beraya di rumah mertua Manap (rumah Wan Alifah) di Batu 5,Tambun Ipoh.Dah lama tak jumpa dia,sejak dah tak tinggal sekampung dengan Manap (sebelum ni kitorang sekampung mertua).Lepas ni kalau sesiapa yg lalu ke Seri Iskandar,singgah la kat rumah aku di SM.Teknik Seri Iskandar,Bota.Akhir sekali maaf zahir & batin dari Megat,Zahira,Sabrina & Daniesh.
Ket-(SN/PJK)
0 comments
salam semua...
raya tahun ni memang best. minggu lepas balik ke kedah kami sekeluarga singgah di R&R tapah arah utara. aku tengok sorang mamat tengah tanggung kotak besar pukul 2 pagi. perggghhh... nan (mz/pj) rupanya... tak sangka pulak jumpa kat sana. 10 tahun tak jumpa dia. hampa tau apa ada dalam kotak tu..? dia dah jadi usahawan berjaya tau. berniaga kerongsang dengan kain tudung di R&R tapah. dia kata ada tiga cawangan. masuk lebat beb.. hampa bayangkan kalau dia berani sewa RM6000 sebulan, berapa dia dapat agaknya? ramai orang serbu gerai dia malam tu. aku sempat ambil gambar dengan dia. tapi ada dalam pen drive pulak. tinggal kat kampung. tak dapat la aku nak uploadkan gambar tu. sorry la nan..
semalam.. maryah (sn/pj) dengan azli (mz/pj) dan anak-anak datang rumah mak mertua aku di temerloh. seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. dia ada 2 anak. dia kata, depa memang terus menetap di johor. dah duduk rumah sendiri pun. aku tengok azli dengan mariah macam tu jugak. tak berubah macam di maktab dulu. aku? kat perut dah berubah. haha..
apa pun aku uploadkan gambar semalam untuk tatapan rakan-rakan.
ket (sn/pj) : sorry aku bahasakan diri "aku". rasanya lebih mesra.
Rozaimi / Azreen - (MT/PJK)
0 commentsTahniah kepada pihak penaja atas kemunculan laman baru ni...
Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menempuhi cabaran berpuasa dan selamat merayakan kemenangan diaidilfitri...Semoga kehadiran syawal kali ini memberi seribu makna buat kita semua...Alhamdulillah tahun depan layaklah kita untuk mengisi borang DG32... pejam celik pejam celik dah 10 tahun kita menjadi warga pendidik...
Kalau ada yang balik beraya di kedah jemputlah datang ke rumah saya di Yan. Kalau mai penang jom kita pi pekena char koew teow kat sini.
Dari kami : Rozaimi, Azrin, Muhammad Danish Iskandar & Muhammad Adam Zikry
Nasuha-Kelas F (MT/PJK)
0 comments Gambar terbaru dari Nasuha,tengah repair dan mengubahsuai kereta.
Beliau juga menyampaikan ucapan kepada kita semua :
Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Aidilfitri.Pohon maaf dipinta mencuci diri kesilapan terbesar atau terguris di hati.Kemaafan kalian menjadi bekal bertemu Illahi
p/s: Lepas ni bolehla ubahsuai motor kitorang pula...
Juhari - (PM/KH)
0 comments Assalamualaikum semua,maaf sebab dah lama tak hantaq berita ke blog.Sibuk sangat sejak pindah balik ke Kedah.Alhamdulillah,sekarang ni aku dah start duduk di rumah sendiri.Raya ni dapat la aku beraya di rumah sendiri.Dikesempatan ini aku sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat berpuasa" kepada semua geng MPSAH DPM1.Raya ni kalau berkesempatan,jemputlah datang ke rumah kami (kalau nak mai call dulu,takut kami takdak kat rumah...).Alamatnya : NO: 913, JLN. BPJ 3/19B, BANDAR PUTERI JAYA,SG.PETANI.Tel : 012-4545582
p/s: Tahniah,sbb tahun ni dapat beraya di rumah sendiri.Kirim salam pada member2 MPSAH yg setaman dgn hang.
Eddy-(MU/PS)
0 commentsWan Alifah-(SN/PM)
0 commentsAlhamdulillah pada 11/8/09 yg lalu,akhirnya dapat juga aku naik ke pentas utama dewan besar UPM utk menerima ijazah sarjana muda Bahasa & Linguistik Melayu,setelah bersusah payah selama 3 1/2 tahun.Rasa puas apabila dapat berada di pentas utama bersama kengkawan yg lain sama-sama belajar di cawangan (Baitulmal) Kg.Pandan KL.Kepada Atie,lepas ni merasa la pula naik ke pentas di dewan besar UPM.
[...]Khairul Rizam (PM/KH)
0 commentsPutrajaya 31/7/09-Rizam sempat bertemu penaja di Putrajaya.Mengikut ceritanya,isteri Rizam berkursus di Putrajaya selama seminggu dan telah berakhir pada 31/7/09.Rizam datang ke Putrajaya untuk menjemput isterinya.Kitorang bersembang panjang di Sg.Besi (kedai mamak) sambil menunggu LRT.Lebih kurang jam 6.00 ptg Rizam bersama isteri dan anaknya telah berangkat ke Puduraya dengan menaiki LRT dan bertolak balik ke Sg.Petani jam 11 malam.
p/s: Gambar ni kitorang ambil selepas makan di kedai mamak.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 8/02/2009 10:33:00 PM)
Nasuha-Kelas F (MT/PJK)
0 commentsBuat semua sekiranya perlu penginapan semasa berada di pulau pinang sila maklumkan. tapi cuma dome asrama sajalah bisa di atur .cadang buat reunion ke 2 di Pulau pinang . Pusat Latihan Sukan Air, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Jalan Gertak Sanggul, 11920 Teluk Kumbar, Bayan Lepas Pulau Pinang. arif_aiman1104@yahoo.com.my
(Telah disiarkan di blog lama pada: 7/03/2009 08:59:00 PM)
Manap-(MT/PJK)
0 commentsAlhamdulillah pada 19-21/6 aku sekali lagi berkesempatan untuk melawat Sabah.Kali ini aku bawa isteri & anak-anak aku.Tempat yg aku bawa semestinya kaki Gunung Kinabalu.(Anak-anak begitu teruja sekali kerana mereka dapati kawasan tersebut adalah sama seperti dalam gambar yg pernah mereka lihat di rumah...).Aku juga begitu teruja kerana selepas 11 tahun aku masih berkesempatan utk melawatnya kembali.Banyak perubahan yg telah dibuat,terutama dari segi prasarana.Suasana begitu indah sekali,tak dpt nak digambarkan dengan kata-kata.InsyaAllah di lain waktu aku akan bawa isteri & anak-anak untuk bersama-sama naik ke Gunung Kinabalu.
p/s: cadangan utk buat reunion di atas Gunung Kinabalu.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 6/22/2009 11:46:00 PM)
Mohd Raziff - (MT/PJK)
0 commentsAssalamualaikum....Sori sebab lama baru dapat nak send gambar baby baru aku. Bukan apa, la ni bz sikit. Dengan kelas tambahan thn 6, nak siapkan tesis oum dan dgn adanya baby baru ni lagilah bertambah bz.Untuk makluman aku dikurniakan anak perempuan pada 19 mei 2009 pukul 8.38 mlm. berat masa lahir 3.8kg tapi la ni dah 4.5kg. Dengan kelahiran baby girl yang aku namakan Nur Alisha Dania ni maka terubatlah kesedihan apabila anak perempuan aku yg merangkap anak sullong aku yang meninggal pada tahun 2006 yang lalu. So setakat ni alhamdulilah aku mempunyai sepasang cahayamata yang banyak menceriakan hidup aku sekeluarga. So aku attach la sekeping gambar baby girl aku.Mohd raziff abdul rahim( 012-5433100) Email : earntoy@yahoo.com
p/s:Tahniah dr kami semua.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 6/21/2009 10:43:00 PM)
Adiey-Johan kawad kaki 2-(MZ/PS)
0 commentsSebenarnya sekolah aku telah menyertai pertandingan ini sejak tahun 2002 lagi. Pada tahun 2002 sekolah aku telah menjadi johan peringkat Negeri Selangor. 2003 Naib johan Peringkat Negeri Selangor. 2004 Tempat ke4 peringkat kebangsaan. 2005 dan 2006 Johan Peringkat Kebangsaan. 2007 naib johan peringkat Kebangsaan. 2008 Naib johan peringkat negeri dan pada tahun ini setelah aku mengambil alih semula, aku telah berjaya merampas kembali takhta sebagai Johan peringkat Kebangsaan. Disamping itu juga ketua platun anak didik aku ini telah menjadi ketua platun terbaik peringkat kebangsaan. Walau bagaimana pun kejayaan ini kami kecapi kerana kerjasama daripada banyak pihak. Sokongan keluarga, PIBG yang memberi sokongan dari segi kewangan, pihak pentadbir yang memberi sokongan, dorongan dan galakan, Guru-guru yang saling bekerjasama dan anak didik yang amat berdisiplin.
p/s: Hang memang hebat la Addiey.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 6/18/2009 12:11:00 AM)
at 6/18/2009 12:11:00 AM
Adiey-Johan kawad kaki 1-(MZ/PS)
0 commentsAssalammualaikum dan salam sejahtera .......Untuk pengetahuan kawan-kawan semua sekolah aku telah menyertai pertandingan kawat kaki peringkat kebangsaan pada tahun 2009. Pertandingan ini telah diadakan di Nilai 3 Negeri Sembilan pada 7 hingga 9 Jun 2009. Alhamdulillah, berkat kerjasama guru-guru dan pentadbir sekolah aku telah menjadi johan.
p/s: Tahniah dari kitorang semua.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 6/18/2009 12:05:00 AM)
Azriza Azwa @ E-Gee-(PM/KH)
0 commentsCuti sekolah hari tu kami sekeluarga membuat budget day holiday.Tak sangka kami habis dlm RM 78 je termasuk minyak,makan,tambang ke dua-dua tempat yg jarang-jarang kita terfikir nak pi.Nie semua sbb Jazmine dah bising ajak pi holoday kat oversea macam duduk UK dulu.Budak-budak apa tau,tau ajak je,so puas cari jumpa la Taman Sri Cahaya di Shah Alam or nama dulu Taman Bukit Cerakah.Tiket masuk RM3 dewasa,RM1 kanak-kanak.Tiket masuk rumah musim pun sama.Trem x salah,free.Lepas tu kami pi ke Akuarium Digital,free je....
p/s: Rasanya kali terkahir penaja pi ke Bukit Cerakah pada tahun 1994,sekarang ni tak tau macam mana keadaanya.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 6/15/2009 11:08:00 PM)
Mahadi Amat-(PM/KH)
0 commentsSaya MAHADI AMAT dari kelas PM/KH. Ini gambar saya sekeluarga. Sekarang saya mengajar kat Besut. Apa khabar kekawang semua?.Saya bertugas di SK Alor Peroi. Sudah tahun ketiga kat sini.Email : adieyna_7679@yahoo.com
p/s: Mahadi,sila hantar maklumat diri terkini seperti kengkawan yg lain.Sila rujuk alamat terkini kengkawan di sebelah kiri blog.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 5/25/2009 10:29:00 PM)
Amree @ Dato' - Lawatan kerja.
0 commentsAlhamdulillah,pada 23/5/09,jam 10 mlm Dato' bersama isterinya telah telah berjaya dalam lawatan kerjanya ke Putrajaya dan dapat berjumpa dengan sahabat lama.Kami mengambil keputusan utk lepak sambil makan-makan di Taman Warisan,Presint 16 Putrajaya.Macam-macam cerita yg telah diperbincangkan,sampaikan pelayan di terpaksa minta izin utk mengambil pinggan dan cawan dari kitorang sebab gerai dah nak tutup.No.hp Dato' 012-2161505 / 012-3316473
p/s: Terima kasih di atas lawatan ke Putrajaya,lain waktu kita jumpa lagi.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 5/23/2009 11:42:00 PM)
Diana Emilia-(SN/PM).
0 commentsSalam....Terima kasih kerana siarkan laman blog diana tu...Alhamdulillah.... melalui blog tu, akhirnya diana dapat bertemu kawan dari MPSAH.Malam tadi (15 Mei) Amree & wife datang ke rumah diana hantar baju isterinya untuk terima sentuhan diana. Lama juga kami berbual.... hampir sejam mereka meluangkan masa bersama.Waduh pasangan ni memang secocok sebab muka mereka macam adik beradik....K.Sharida pula orang noghori sama dengan diana, apo laie keluar loghat e'!!Amree sekepala dengan suami diana layan bola.... Diana doakan mereka cepat dapat cahaya mata...Amin.Terima kasih......Diana iredk_07@yahoo.com
p/s: Itulah matlamat utama blog ini diwujudkan.Lepas ni untuk kengkawan MPSAH boleh ke dapat diskaun?.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 5/16/2009 03:37:00 PM)
Mat Jan-(PI/KH)
0 commentsAlo Kengkawan. Sori sbb lama x jengok blog ni. Aku skarang mengajar di Sek Men Keb Jitra, Jitra Kedah. Alamat aku No 332, Taman Seri Aman, Jitra, Kedah. Aku dah dapat seorang isteri dan 2 orang anak(sepasang) Muhammad Faris Hakimi & A'inur Hilwani. Skarang ni aku sibuk dengan bisnes printing aku, Kimie Utama Enterprise. So, kalau nak tips hangpa boleh call aku @ email aku mpti_faizal@yahoo.com/ atau kimie.ltd@hotmail.com/ HP: 012-5782932 .
p/s: Tahniah dari kitorang semua sebab dah berjaya hantar maklumat & gambar ke blog.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 5/05/2009 11:03:00 PM)
Jasmi Mat Jusoh-(Kelas C-PI/KT).
0 commentsASSALAMUALAIKUM......SELAMAT HARI GURU SEMUA..DPM 1...TQ...PD PENAJA BLOG INI.INI ADA GAMBAR SAYA DAN AHLI KELUARGA SAYA SENDIRI......KENAL LAGI KE? UST....PIAN AWANG HAMAT KE MANA LAMA TAK JUMPA...email saya. jsm_jmj@yahoo.com.my
p/s:Minta jasa baik,sila hantar maklumat diri yg terkini ke blog secepat yg mungkin.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 5/02/2009 11:07:00 PM )
Haizul & Mat Jan.
0 commentsNi kat sek Mat Jan mengajar ( SMK Jitra ).Waktu ni saya dgn kawan2 PKPG buat persiapan untuk Program Pembangunan Sahsiah Pelajar pada 5 Mac 2009.Terima kasih banyak-banyak kpd Mat Jan yg banyak bantu saya untuk buat persiapan ni..Apa yg penting di sini ialah bila kita berkawan,walau di mana kita berada sekali pun kawan-kawan lah yg paling banyak membantu kita,walaupun dh lama x jumpa..bukan senang nk cari kwn yg sejati..marilh kita eratkn persahabatan geng2 MPSAH DPM1 '96/'99.28 April ni saya akan tamat belajar di UUM.lps 2 tunggu surat utk posting pulak...
p/s: Untuk Haizul,tahniah dari kami semua.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 4/22/2009 10:21:00 PM)
Zaidi & Jawa.
0 commentsSalam,Disertakan gambar semasa mini reunion dengan Jawa yang berlaku di Stadium Larkin, Johor Bahru pada bulan Mac lepas .Sebenarnya aku masa tu tengah bawak budak untuk olahraga MSSZ.Elok-elok si Jawa kena kursus BI kat Hotel Sri Malaysia (dalam 100 meter je).Sebelum ni pun memang ada berhubung sejak dapat no.hp dia dari blog hang ni.TQVM.Terkejut tengok Jawa 1 st time.. WHY??????* Soalan kuiz, Apakah yang tetap sama pada Jawa selepas 10 tahun ni ? Matju,Gurun,Mat Jan,Hanip tidak dibenarkan jawab.:) .....Senyum Sokmo.....
p/s:Susah betul soalan hang Zaidi....
(Telah disiarkan di blog lama pada: 4/18/2009 07:35:00 PM)
Nasuha-Kelas F (MT/PJK)
0 commentsSalam buat semua kawan -kawan.Maaf lama tak masuk blog maklumlah tengah sibuk la sikit.Kami baru menyambut kelahiran anak yang ke tiga lelaki pada 1/10/2008 yang lalu (Arif Fahmi bin Mohammad Nasuha).no 2 Nur Afrina no 1. Email : arif_aiman1104@yahoo.com.my
p/s: Tahniah dari kami semua.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 4/12/2009 09:46:00 PM )
Syahrine @ Jawa Jr.
0 commentsThis is the picture of my new baby girl, Aina Nursyuhada bt Syahrine.She was born on 23rd of march 2009 at 4.30 pm.weighing at around 2.8 kilos only.from : max_korn76@yahoo.com
p/s: Tahniah Jawa,dari kitorang semua.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 3/30/2009 09:35:00 PM)
Adiey - (MZ/PS)
0 commentsKepada kengkawan semua,salam hormat dari aku .Sorry lama tak jenguk blog.Untuk pengetahuan semua aku dah x pakai email lama,lupa password.hehehhee.........Ini adalah email aku yg baru,so kpd sesiapa yg nak contact mll email sila guna email ini berkuatkuasa mulai sekarang.TQ . adiey_btzme09@yahoo.com
p/s: Adiey,nampak gayanya hang kena banyak makan kismis...
(Telah disiarkan di blog lama pada: 3/22/2009 11:27:00 PM)
Fakhrurrazzi @ Dicky - MT/PJK
0 commentsSalam penaja.Lama tak buka blog ni. Aku sekarang ni dah posting kat SMK ChangkatBeruas, 32700 Beruas, Perak pada 01.12.2008 yg lalu. Start ngajor pada05.01 tahun ni dan berdekatan dgn sek wife aku kat SMK Raja Shahriman,Beruas. Alhamdulillah, belajor dah tamat dan layak utk konvo nantipada mei 2009 di uitm shah alam dlm kursus B. Ed. Sc. (Hons) Chemistry. Skrg ni aku menetap di kg, alamat: 223, Jalan Bunga Raya,Bt. 8 Lekir, 32020 Sitiawan, Perak. Setiap hari aku kena berulang sejauh 100 km sehari, pergi-balik. Yg penting sek ok, hati seronok.Semoga kita bisa ketemu lagi bersama info terbaru nanti. Dan sesapenak memancing secara group di laut boleh menghubungi aku utkmendapatkan tekong, bot, umpan dll. Buat ms ni aku sendiri tak sempatgi memancing.
p/s: Tahniah,sorang lagi berjaya mengajar di sekolah menengah.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 3/22/2009 11:24:00 PM)
Rozaidi @ Gurun - PI/KH
0 commentsSalam untuk smua makhluk yg mengenali diri ni.. Rozaidi Shaari a.k.a GURUN...dpm1 PI/KH. Skrang da balik ngajar kat kampung...puas dah dok lelama kat negeri orang...dah blik kedah pd tahun lepas...Ada 2 orng anak perempuan..satu lg blom kuar..yg sulung namanya Fatimah Amanda dah dajah 2..yg sorang lagi namanya Faseha Ardanea..dah msuk prasekolah..yg akan lahir ni dgn anak isteri baru..jadual lahir ujung bulan 7..nama belum dpt lg..kalau nak cadangkan ..sy ok je..segala foto akan sy mail kmudian..skarang ada mslh ngn intenet..jd sy guna mobile intenet aja..tunggu gambr sy utk upload sterusnya ...YANG LAMA BERTAUT KEMBALI...SIREH PULANG KE GAGANGNYA.. email aku : bje8599@yahoo.com.my dan no.tel : 016-2206940
p/s: Gurun,tahniah sebab dah dpt balik ke negeri sendiri.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 3/22/2009 11:16:00 PM)
Jasminarti Abd Latif
0 commentsAssalamualaikum & Good day kepada semua teman mpsah dpm1 yang masih dalam kenangan.Saya, Jasminarti bt Abd Latif (PI/KH). Sudah 9 tahun berkhidmat di SK BANDAR EASTER, KOTA TINGGI, JOHOR. Bertemu jodoh di sekolah yg sama dan mempunyai 2 org puteri iaitu Nurul Hanania dan Nur Sumayyah bt Mohd Yusof. Setakat ni belum sambung belajar lagi disebabkan tumpuan kepada murid-murid felda yg amat mengharapkan tunjuk ajar dlm menghadapi upsr. Insyaallah akan diusahakan satu masa nanti.Jika tersesat di Kota Tinggi, jemputlah ke rumah. Saya boleh dihubungi di no. 019-7617091 atau email jasminarti_latif@yahoo.com . Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.
p/s: Dah buat majalah di sekolah sendiri ke?!.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 12/17/2008 09:34:00 PM)
M.Hanif Abdullah-(PI/KT)
0 commentsNi gmbr aku n anak muridku nak g pertandingn karaoke.email : sii_foo@yahoo.com.my
p/s: Sikit je maklumat yg hang bagi.Takut kena gosip ke Hanip?!...
(Telah disiarkan di blog lama pada: 12/17/2008 09:28:00 PM)
Md.Zaidi (PI/KH) & Rahzailina (PI/KT).
0 commentsSalam semua kawan2.Saya Md Zaidi Md Zin(PI/KH) dan isteri ,Rahzailina Ab Rahman(PI/KT) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua batch DPM1 MPSAH 1996-1999.Saya sekarang di Johor dari tahun 1999.Posting pertama ke SK Tunjuk Laut,Kota Tinggi dan kemudian datang pula Azli dan Maryah pada tahun 2000.Berpindah ke SK Taman Universiti 3 pada 2003.Isteri posting ke SK Taman Skudai Baru pada 1999 hingga sekarang.Baru ada 2 orang anak lelaki.Anak pertama,Adam Daniel (6 tahun) dan kedua, Haris Daniel (5 tahun).Saya baru tamat pengajian di OUM pada Ogos 2008 lalu dalam Sarjana Muda Pend.(Kej.Awam) dengan Kepujian.Isteri pula sedang mengikuti PGSR dalam Pengajian Sosial di IPRM hingga 2012.Selama di Johor ada jugak berjumpa geng MPSAH spt Tuah,Nizam,Nasir,Izamuddin,Atan,Kak Min dll.Jika ada sesiapa ke area Skudai jangan lupa cari kami.Setakat minum2 bolehlah..TQ .....Senyum Sokmo..... email : cal6713@yahoo.com
p/s: Zaidi,nanti tlg hantar gambar yg lebih jelas,senang kengkawan nak lihat.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 12/17/2008 09:20:00 PM)
Ustaz Pian Jr. (PI/KT).
0 commentsKelahiran anak ketiga.Seorang anak perempuan yang aku dambakan.Maka lengkaplah sebahagian dari kehidupan aku.Ini adalah gambar masa kat hospital.gambar yang terbaru tak sempat nak ambil.Nama belum dapat diwawarkan lagi tunggu sehingga majlis bercukur diadakan..terima kasih penaja.wassalam.
p/s: Tahniah dr kami di warga MPSAH DPM1.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 12/03/2008 02:58:00 PM )
CHE MAZLIZAN BIN HASHIM - (G-SN/PM )
0 commentsAslmkm kepada suma kawan lama MPSAH tima kasih kepada pihak pengelola blog ini kerana melaluinya kita dapat bertemu kembali.Saya Che Mazlizan Bin Hashim ( G - SN/PM ).Skrg ngaja di SK SG LAS Setiu Terengganu.ini gambar saya sekeluarga yang di ambil semasa raya puasa yg baru lepas.Bdk kecik di dalam gmbr 2 adalah putera sulong saya yang br berusia 11 bulan.Perkembangan terbaru, saya sedang mengikuti PJJ-OUM bidang sains(2006-2010 ).Untuk kengkawan yg mengenali saya blh meng e-mail saya di amuk4845@yahoo.com
p/s: Akhirnya berjaya juga kau tembusi blog ini,tahniah!.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 11/30/2008 08:47:00 PM)
Manap & Alifah Junior-(MT/PJK) / (SN/PM).
0 commentsAlhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki seorang anak perempuan,telah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya secara normal pada 18/11/08 pada jam 8:44 am dgn berat 3.36 kg.Baby telah diberi nama Nur Khairina yg bermaksud 'Cahaya Kebajikan'.
p/s: Syukur alhamdulillah,teruja sangat.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 11/20/2008 03:09:00 AM)
Zabri (PM/KH) & Manap (MT/PJK).
0 commentsAkhirnya pada 15/11/08 jam 5:37 pm dapat juga bertemu kembali setelah sekian lama terpisah,sejak berpindah ke Kedah rasanya inilah baru pertama kali berjumpa.Inilah dia Zabri member sebilik F125 kat maktab dulu.Sebenarnya Zabri mengikuti rombongan sekolahnya SK.Taman Hi-Tech Kulim.Katanya rombongan beliau baru je turun dari Genting dan terus ke Putrajaya.Lepas tu katanya nak ke Kajang pekena satay Kajang dan sebelah malamnya baru berangkat balik Kulim.Perkembangan terkini dari Zabri,beliau sedang menunggu keputusan untuk melanjutkan pengajian sarjana di USM.
p/s: Didoakan semoga beliau berjaya dalam permohonan tersebut.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 11/15/2008 10:49:00 PM)
Nur Aina Abd.Rahman-(PI/KH)
0 commentssalam.... aku Nur Aina Bt Abd Rahman dari kelas PI/KH.. baru dok godek godek blog nie... nie pun kaizen n ieda (kelas aku) yang war warkan... by the way, aku nak masukkan diri dalam list nie.. hahahahaha dah 12 tawun x bersama cam di MPSAH dulu. aku ngajar di SMK Naka, 06350 Alor Star, Kedah. Alamat rumah aku Blok A-1-1, Kuarters Guru SMK Naka, 06350 Alor Star.. AKu grad PKPG IPDA/UUM n convo 2 Sept 2007... utk org yg mengepalai blog nie.. GOOD JOB! & KEEP UP THE GREAT JOB!tehsongketvanilla@yahoo.com
p/s: Ingat lagi tak Aina,kita ramai2 geng MPSAH masa mula-mula nak balik kg lepas baru posting,riuh Hentian Puduraya dgn geng-geng kita.
(Telah disiarkan di blog lama pada: 11/02/2008 10:12:00 PM )
Juhari Rasuli @ Joe - (PM/KH)
0 commentsGambar ni aku ambik masa raya baru ni. Anak dah 3 orang,semua kami buat hatrik 3 orang berturut-turut. Muhammad Alif Izzudin,Muhammad Alif Aiman dan Muhammad Alif Irfan. Sekarang aku dan isteri mengajar di SK Sungai Kob Kulim, setelah hampir 8 tahun menetap di Selangor, dulu aku satu sekolah dengan Manap, Anot dan Shahira di Sk Dato Abu Bakar Baginda,Sepang. InsyaAllah awal tahun depan kami akan berpindah ke Bandar Puteri Jaya Sg Petani. Sesapa yang sudi mai la raya tahun depan. jumpa lagi. 012-4545582
p/s: Tahniah,bakal pindah ke rumah baru dan respek habis sebab jemput awal kitorang semua ke rumah hang sempena raya posa tahun depan!...
(Telah disiarkan di blog lama pada: 10/29/2008 06:13:00 PM)
AJK REUNION MPSAH DPM1 '96/'99
ENCIK ZAIDI BIN AHMAD
NAIB PENGERUSI:
ENCIK AMREE BIN AHMAD TAJUDDIN
SETIAUSAHA:
PUAN AZRAWATI BINTI ARSHAD
BENDAHARI:
ENCIK MEGAT AZMUNIADDIN BIN MEGAT JAMALULLAIL.
AHLI JAWATANKUASA :
ENCIK AHMAD ROSLI BIN ZAINOL ABIDIN
ENCIK MUHAMAD SHUKOR BIN MOKTHI
ENCIK ADNAN BIN ABD MANAF
PUAN NORHAFIZA BINTI
PUAN KHAIRULENA BINTI MOHD AKHIR
ENCIK ABD MANAP BIN ABD RAHMAN
Penasihat blog :
Ustaz Mohd Suffian Bin Mat Napi.